Langkau ke kandungan utama

Catatan

Ditinggalkan Pergi Bukanlah Pengakhiran Kepada Segala -galanya

 Terdetik rasa janggal dihati ini, apabila melihatkan bertapa ironinya kisah percintaan orang zaman sekarang, seseorang yang begitu takut dirinya akan ditinggalkan pergi oleh orang yang dia sayang, malah dia pula yang mengambil jalan mudah untuk meninggalkan orang tersebut. Mengapakah perkara yang sebegini boleh berlaku? Jika difikirkan melalui logiknya akal manusia kurniaan tuhan kepada kita semua ini, perkara itu tidak akan pernah berlaku. Ini kerana jika kita tidak mahu orang lain melakukan sesuatu perkara itu kepada diri kita, seharusnya kita juga tidak boleh melakukan perkara tersebut kepada orang lain.  Tidakkah mereka yang suka melakukan perbuatan yang sebegini memikirkan terlebih dahulu secara matang sebelum membuat keputusan yang sedemikian? Tidak pernah kah mereka terfikir bahawa perkara yang sama juga boleh berlaku terhadap diri mereka?  Adakah mereka begitu naif dan berfikir bahawa mereka akan sentiasa berada di atas? Lupakah mereka kepada roda keh...

Tak Tercapai Bintang Dilangit bahagian 1 : Andai Dapat Ku Undurkan Kembali Putaran Masa Dunia

Tak Tercapai Bintang dilangit  Bahagian 1 :   Andai Dapatku Undurkan Kembali Putaran Masa Dunia   Air hujan yang menitis turun daripada langit malam yang kelam disaat ini, seakan-akan turut sama mengerti tentang isi hati aku yang terpaling dalam. Kedua-dua belah tanganku halakan ke muka dan lantas aku meraup seraut wajahku yang suram. Telapak tanganku terasa sedikit basah dan hangat. Ada sisa air mata yang baru terbit di permukaan jari-jemari ku. Ya, Allah! menangis lagikah aku?. Aku menjerit di dalam hati.  Rupanya tanpa ku sedari, aku menangis lagi. Aku pun sudah kehilangan jejak untuk kali yang keberapa kah air mataku telah tumpah pada hari ini. Aku terus merenungi ke arah langit dalam kepekatan malam ini. Terlalu sesak dada ini menahan tangisan yang terus-menerus mengetuk pintu air mata milikku supaya tumpah lagi.   Andai saja peristiwa itu tidak berlaku. Pasti aku tidak akan berkeadaan begini. Wajahku yang dulu sering dihiasi deng...

Bicara Aku Kepada Bulan Tentang Dirimu

  Bicara Aku Kepada Bulan Tentang Dirimu:_  Dahulu diri aku ini tidak begitu memahami mengapa bulan selalu sahaja dijadikan orang sebagai sebahagian daripada lirik sesebuah lagu. Tajuk filem pun ada juga seperti cerita 'tentang bulan' misalnya. Tetapi semua itu seakan make sense , apabila hari minggu yang lalu aku telah berkesempatan untuk menikmati keindahan bulan purnama penuh di waktu malam yang penuh dengan misteri yang belum pernah habis terungkap kan.. Subhanallah, indahnya!  Seperti yang kita semua maklum, walaupun bulan hanyalah sekadar meminjam cahayanya daripada sang mentari untuk bersinar megah di ruang angkasa, ianya hanya mampu bertahan untuk sementara waktu cuma. Dan cahaya bulan pastinya akan kembali menjadi malap akibat daripada paksi bumi yang sentiasa berputar mengelilingi orbitnya.   Disaat bersendirian hanya bertemankan cahaya bulan itulah, baru aku benar-benar menyedari apakah daya tarikan yang telah menyebabkan sekian ramai orang menjadikan...

Di keheningan Pagi Di Kala Ku Bersendirian Ku Terkenangkan Dirimu

  Anehnya perasaan yang aku rasakan di keheningan pagi ini, dikala ku bersendirian tiba-tiba aku terkenangkan dirimu. Di manakah dikau berada di ketika ini? Kerana 'semalam' perkara terakhir yang diriku ketahui, dirimu dan juga diriku merupakan sahabat sejati yang tak mungkin dipisahkan lagi. Tidak mengira walau apa pun badai yang datang melanda kapal persahabatan yang kita kemudi kan bersama ini, tidak mungkin akan berjaya menenggelamkannya ke dasar lautan.   Mereka kata sebuah kapal tidak mungkin dapat memiliki dua nakhoda. Pasti akan menimbulkan banyak masalah di kemudian hari. Akan tetapi pada ketika itu Kau dan aku kita berdua langsung tidak mempercayai kata-kata tersebut dan telah kita berdua cuba membuktikan kepada mereka bahawa berdua itu sememangnya lebih baik.  Ketika luasnya samudera ini kita redah bersama dengan penuh rasa sabar sambil membawa dan mengibarkan misi pencarian yang sama, agar kita berdua mencapai kebahagian di akhirat dan dunia yang fana ini...

Sesekali Apabila Angin Membelai Lembut Wajahku

 Angin sepoi-sepoi yang bertiup menampar manja ke arah wajahku pada petang yang damai ini, menari-nari bersama segala memori yang melayang dan tersingkap satu persatu di hadapan tirai mata, mengingatkan aku seketika kepada dirimu. Di manakah dirimu berada pada ketika ini? Ingin sekali rasanya aku menatap wajahmu pada detik ini, walaupun hanya untuk seketika cuma. Adakah dikau juga merasakan apa yang aku rasakan?? Ataupun hanya tinggal aku seorang diri mengayam semua mimpi-mimpi??Mengapa begitu sukarnya untuk aku melupakan segala kenangan yang pernah kita ciptakan bersama???  Sudah lebih daripada satu dekad semua itu berlalu namun bagi diriku, semua itu baru sahaja berlaku seminit yang lalu. Memang sukar untuk dimengertikan dan difahami tetapi itulah yang terjadi. Seolah-olah aku baru sahaja selesai dan kembali semula ke rumah setelah menghantarkan dirimu ke hostel pelajar di Bangsar tempat penginapan mu. Yeah.. I know right? you can call me unrealistic, but sweetheart i'm just...

Mungkinkah Masa Mampu Merubah Segalanya?

 Mereka kata masa boleh merubah segalanya.. perasaan benci boleh kembali menjadi sayang, marah kembali cool, sedih menjadi kembali ceria, rindu boleh kembali reda. Malah ada juga yang mengatakan hati yang membeku seperti ais di kutub juga boleh kembali hangat dan mencair. Benarkah apa yang mereka semua katakan itu? Ataupun itu merupakan sekadar kata-kata yang tercipta hanya bertujuan untuk menyedapkan perasaan mahupun untuk menutup semua rasa kecewa dihati..   Andai benar apakah buktinya?   Demi Allah, aku akui pernah pada satu ketika dahulu aku mempercayai kata-kata itu dengan sepenuhnya... Seratus peratus aku meyakini bahawa seiring dengan peredaran masa, semuanya akan pulih seperti sediakala. Kerana itu, aku cuba menjalani hidup ini seperti peristiwa itu tidak pernah berlaku kepada diriku ini.   Perasaan sedih itu aku selindung kan dengan senyuman yang semanis madu. Aku pastikan segala apa pun yang aku rasakan terkunci rapi di dalam hati sehingga jauh ke...