Bicara Aku Kepada Bulan Tentang Dirimu:_ Dahulu diri aku ini tidak begitu memahami mengapa bulan selalu sahaja dijadikan orang sebagai sebahagian daripada lirik sesebuah lagu. Tajuk filem pun ada juga seperti cerita 'tentang bulan' misalnya. Tetapi semua itu seakan make sense , apabila hari minggu yang lalu aku telah berkesempatan untuk menikmati keindahan bulan purnama penuh di waktu malam yang penuh dengan misteri yang belum pernah habis terungkap kan.. Subhanallah, indahnya! Seperti yang kita semua maklum, walaupun bulan hanyalah sekadar meminjam cahayanya daripada sang mentari untuk bersinar megah di ruang angkasa, ianya hanya mampu bertahan untuk sementara waktu cuma. Dan cahaya bulan pastinya akan kembali menjadi malap akibat daripada paksi bumi yang sentiasa berputar mengelilingi orbitnya. Disaat bersendirian hanya bertemankan cahaya bulan itulah, baru aku benar-benar menyedari apakah daya tarikan yang telah menyebabkan sekian ramai orang menjadikan...
" Rahsia Dihati Tiada Siapa Yang Tahu... "