Semoga segala perkara yang terbaik yang mampu dihasilkan di dunia ini akan menjadi milik dirimu mulai daripada hari ini.. itulah doa tulus dan harapan hati aku disaat penulisan ini ditulis. Pada hari ini lebih daripada tiga dekad yang lalu, dirimu telah dilahirkan. Tahukah dikau bahawa selain daripada ahli keluarga mu, rakan-rakan dan mungkin juga dirimu sendiri, aku adalah salah seorang di antara manusia yang paling bahagia pada hari ini. Di hari yang penuh berbahagia ini, hanya satu pinta aku terhadap dirimu. Izinkan lah diriku ini untuk terus menjadi orang yang kedua selepas ibu dan ayah mu yang sentiasa mengucapkan syukur kepada Allah di atas kelahiran dirimu di muka bumi ini. Tanpa rahmat daripada-Nya mana mungkin aku akan dapat berkenalan dengan dirimu enam belas tahun yang lalu. Alhamdullilah! NIZ, Diriku ini ingin sekali dikau mengetahui bertapa berharganya kehadiran dirimu ke dalam hidupku pada satu ketika dahulu. Sewaktu itu kita berdua masi...
" Rahsia Dihati Tiada Siapa Yang Tahu... "