Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel EKSPRESI DIRI

Mengubati Hatiku Yang Patah Ditumpaskan Cinta

  Seringkali sahaja aku mendapati diriku ini bertanyakan kepada diri sendiri, mengapakah sekeping hati milik diri ini terlalu rapuh dan mudah sahaja patah serta cedera ditumpaskan cinta? Dan perkara paling penting sekali yang diri aku ini ingin ketahui, sudah wujudkah cara efektif untuk diguna pakai merawati hati yang telah cedera parah dek kerana perasaan yang bernama 'Cinta'???  Perasaan cinta yang seharusnya menjadi sebuah medium untuk kita semua sekelian makhluk merasakan bertapa bahagianya hidup di atas muka bumi Allah ini, rupa-rupanya tersembunyi sebilah pedang yang bermata dua. Ini kerana di sebalik perasaan indah yang dirasakan tatkala diri diselimuti dengan selimut baldu cinta yang begitu lembut dan mendamaikan ini, ianya juga boleh bertukar menjadi sebuah penjara dunia jika diri mula dibutakan dengan keindahan pelangi yang sementara.  Oleh itu berhati-hatilah selalu di saat diri sedang dibuai oleh bayu cinta. Janganlah terlalu terbuai dengan perasaa...

Ditinggalkan Pergi Bukanlah Pengakhiran Kepada Segala -galanya

 Terdetik rasa janggal dihati ini, apabila melihatkan bertapa ironinya kisah percintaan orang zaman sekarang, seseorang yang begitu takut dirinya akan ditinggalkan pergi oleh orang yang dia sayang, malah dia pula yang mengambil jalan mudah untuk meninggalkan orang tersebut. Mengapakah perkara yang sebegini boleh berlaku? Jika difikirkan melalui logiknya akal manusia kurniaan tuhan kepada kita semua ini, perkara itu tidak akan pernah berlaku. Ini kerana jika kita tidak mahu orang lain melakukan sesuatu perkara itu kepada diri kita, seharusnya kita juga tidak boleh melakukan perkara tersebut kepada orang lain.  Tidakkah mereka yang suka melakukan perbuatan yang sebegini memikirkan terlebih dahulu secara matang sebelum membuat keputusan yang sedemikian? Tidak pernah kah mereka terfikir bahawa perkara yang sama juga boleh berlaku terhadap diri mereka?  Adakah mereka begitu naif dan berfikir bahawa mereka akan sentiasa berada di atas? Lupakah mereka kepada roda keh...

Di keheningan Pagi Di Kala Ku Bersendirian Ku Terkenangkan Dirimu

  Anehnya perasaan yang aku rasakan di keheningan pagi ini, dikala ku bersendirian tiba-tiba aku terkenangkan dirimu. Di manakah dikau berada di ketika ini? Kerana 'semalam' perkara terakhir yang diriku ketahui, dirimu dan juga diriku merupakan sahabat sejati yang tak mungkin dipisahkan lagi. Tidak mengira walau apa pun badai yang datang melanda kapal persahabatan yang kita kemudi kan bersama ini, tidak mungkin akan berjaya menenggelamkannya ke dasar lautan.   Mereka kata sebuah kapal tidak mungkin dapat memiliki dua nakhoda. Pasti akan menimbulkan banyak masalah di kemudian hari. Akan tetapi pada ketika itu Kau dan aku kita berdua langsung tidak mempercayai kata-kata tersebut dan telah kita berdua cuba membuktikan kepada mereka bahawa berdua itu sememangnya lebih baik.  Ketika luasnya samudera ini kita redah bersama dengan penuh rasa sabar sambil membawa dan mengibarkan misi pencarian yang sama, agar kita berdua mencapai kebahagian di akhirat dan dunia yang fana ini...