Langkau ke kandungan utama

ABOUT US

About Techyleaf

About Nizmie2005


 Assalamualaikum.. 
hai semua,
nizmie2005 adalah sebuah web blog peribadi yang menyajikan kisah-kisah hidup aku mostly. 
Web ini juga dibina dengan tujuan membantu kepada mereka-mereka diluar sana yang mungkin pernah ataupun sedang dilanda masalah dalam perhubungan dengan orang yang tersayang. 

 Di web blog ini juga turut memuatkan cerpen, puisi dan juga review novel cinta pilihan admin, sekadar sebagai sebuah hiburan kepada pembaca yang setia.

 Selain itu para pembaca juga boleh berkongsikan pengalaman hidup mereka yang boleh di e-mail kan terus kepada admin: 
➡️ nizmie2005@gmail.com

Aku juga ingin mengucapkan terima kasih kepada para pembaca yang telah sudi menyokong perjalanan web blog ini. Terima kasih semua!

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Di keheningan Pagi Di Kala Ku Bersendirian Ku Terkenangkan Dirimu

  Anehnya perasaan yang aku rasakan di keheningan pagi ini, dikala ku bersendirian tiba-tiba aku terkenangkan dirimu. Di manakah dikau berada di ketika ini? Kerana 'semalam' perkara terakhir yang diriku ketahui, dirimu dan juga diriku merupakan sahabat sejati yang tak mungkin dipisahkan lagi. Tidak mengira walau apa pun badai yang datang melanda kapal persahabatan yang kita kemudi kan bersama ini, tidak mungkin akan berjaya menenggelamkannya ke dasar lautan.   Mereka kata sebuah kapal tidak mungkin dapat memiliki dua nakhoda. Pasti akan menimbulkan banyak masalah di kemudian hari. Akan tetapi pada ketika itu Kau dan aku kita berdua langsung tidak mempercayai kata-kata tersebut dan telah kita berdua cuba membuktikan kepada mereka bahawa berdua itu sememangnya lebih baik.  Ketika luasnya samudera ini kita redah bersama dengan penuh rasa sabar sambil membawa dan mengibarkan misi pencarian yang sama, agar kita berdua mencapai kebahagian di akhirat dan dunia yang fana ini...

Mungkinkah Masa Mampu Merubah Segalanya?

 Mereka kata masa boleh merubah segalanya.. perasaan benci boleh kembali menjadi sayang, marah kembali cool, sedih menjadi kembali ceria, rindu boleh kembali reda. Malah ada juga yang mengatakan hati yang membeku seperti ais di kutub juga boleh kembali hangat dan mencair. Benarkah apa yang mereka semua katakan itu? Ataupun itu merupakan sekadar kata-kata yang tercipta hanya bertujuan untuk menyedapkan perasaan mahupun untuk menutup semua rasa kecewa dihati..   Andai benar apakah buktinya?   Demi Allah, aku akui pernah pada satu ketika dahulu aku mempercayai kata-kata itu dengan sepenuhnya... Seratus peratus aku meyakini bahawa seiring dengan peredaran masa, semuanya akan pulih seperti sediakala. Kerana itu, aku cuba menjalani hidup ini seperti peristiwa itu tidak pernah berlaku kepada diriku ini.   Perasaan sedih itu aku selindung kan dengan senyuman yang semanis madu. Aku pastikan segala apa pun yang aku rasakan terkunci rapi di dalam hati sehingga jauh ke...

Mengubati Hatiku Yang Patah Ditumpaskan Cinta

  Seringkali sahaja aku mendapati diriku ini bertanyakan kepada diri sendiri, mengapakah sekeping hati milik diri ini terlalu rapuh dan mudah sahaja patah serta cedera ditumpaskan cinta? Dan perkara paling penting sekali yang diri aku ini ingin ketahui, sudah wujudkah cara efektif untuk diguna pakai merawati hati yang telah cedera parah dek kerana perasaan yang bernama 'Cinta'???  Perasaan cinta yang seharusnya menjadi sebuah medium untuk kita semua sekelian makhluk merasakan bertapa bahagianya hidup di atas muka bumi Allah ini, rupa-rupanya tersembunyi sebilah pedang yang bermata dua. Ini kerana di sebalik perasaan indah yang dirasakan tatkala diri diselimuti dengan selimut baldu cinta yang begitu lembut dan mendamaikan ini, ianya juga boleh bertukar menjadi sebuah penjara dunia jika diri mula dibutakan dengan keindahan pelangi yang sementara.  Oleh itu berhati-hatilah selalu di saat diri sedang dibuai oleh bayu cinta. Janganlah terlalu terbuai dengan perasaa...