Langkau ke kandungan utama

Menyayangi Seseorang Bukan Sekadar Lafaz " Saya sayang kan awak"

  Apabila hati mula merasakan perasaan sayang yang sangat mendalam kepada seseorang apakah yang perlu dilakukan agar segala gelora di dalam hati itu dapat diredakan? Perlukah segala rasa itu dilafazkan dengan segera dengan harapan hati dan perasaan sendiri dapat ditenangkan? Sungguh aku memahami bertapa sakitnya apabila diri ini tetap sahaja terpaksa menahan rasa rindu terhadap dirimu selama bertahun-tahun.


 Kadang diri terasa sedikit kesal pada diri sendiri mengapa tidak sedikit awal melafazkan kata sayang terhadap dirimu sebelum kehadiran dirinya mendahului aku? Mungkinkah memang sudah tersurat di azali lagi dirimu itu sememangnya bukan tercipta untukku?? Wallahualam, hanya tuhan yang tahu.


 Sungguh, jika aku mengetahui dirimu sememangnya ternanti-nantikan ucapan sayang daripada seseorang sudah pastinya aku akan melakukannya semenjak daripada awal perkenalan kita berdua. Sudah pastilah aku tidak akan membiarkan dirimu yang aku sayangi itu ternanti-nanti sejak sekian lama hanya untuk menunggu ucapan itu aku tuturkan terhadap mu.


  Jika aku menuturkannya satu tika dulu tanpa memikirkan apa-apa sudah pastilah aku akan tenang disisimu disaat ini. Arghh.. terkilan sungguh rasa dihati apabila diirmu tetap terus setia disisinya sehingga kini, walaupun dirimu memaklumkan kepada aku bahawa dirinya tidak pernah cuba memahami dirimu itu. Bertapa tidak sportingnya dia dan tiada usaha daripada pihaknya untuk memajukan kehidupan kalian ke arah yang lebih baik dan sejahtera. Tetapi, dirimu itu tetap sahaja kulihat terus setia berada di samping dirinya..


 Hahaha.. jenaka kejam apakah ini yang berterusan dipertontonkan kepada diriku ini, yang sememangnya ikhlas menyayangi dirimu itu? Andai sahaja diriku ini mampu mengubah semula putaran masa, sudah pastilah segalanya tidak berakhir sampai di sini. 


 Namun begitu aku mohon kepadamu janganlah disalah ertikan segala pernyataan aku ini, bukanlah maksud diriku untuk melukakan perasaan atau tidak mampu menerima suratan takdir. Cuma diri ini terdiam sejenak apabila memikirkan betapa mudahnya ucapan sayang dari dirinya, dikau terima bulat-bulat walaupun tiada langsung tanggungjawab daripada pihaknya. Sekali lagi maafkanlah diri ini andai bicara aku ini mengguris rasa hatimu.


 Ketahuilah oleh dirimu, perkara sebegini lah yang sebenarnya amat ditakuti oleh diriku ini andainya suatu ketika dahulu aku meluahkan segalanya kepada dirimu. Pada ketika itu aku dan kau kita berdua berada dalam situasi yang rumit dalam kehidupan masing-masing, namun saling membantu andai salah seorang daripada kita mengalami kesusahan. Masih ingatkah lagi dirimu pada keadaan kita pada masa itu? 


 Keadaan itulah yang membuatkan aku merasa bimbang andai apa yang aku ingin lafazkan itu tidak dapat membantu dirimu keluar daripada kesusahan mu itu. Kerana diri ini merasakan bahawa tidak cukup hanya melafazkan sayang, jika segala tanggungjawab tidak terpenuhi. Oleh itu, aku tidak melafazkan namun aku tunjukkan dengan perbuatan kerana aku amat meyakini bahawa " actions speak louder than words"..


 Ternyata dirimu tidak sependapat dengan diriku itu. Walaupun tidak pernah kau ucapkan ketidaksetujuan dirimu itu terhadap pendirian diriku ini, namun tindakan dirimu yang menerima dirinya ke dalam hidupmu hanya berbekalkan modal ucapan sayang amat melukakan perasaan diriku ini.


 Menyedari bahawa diriku ini seakan-akan tidak diperlukan lagi oleh mu pada ketika itu, aku hanya berdiam diri dan membawa diri sendiri jauh daripada dirimu. Semuanya ini terpaksa aku lakukan, dalam usaha ku melupakan segalanya yang telah terjadi sambil cuba merawat hatiku sendiri. 


 Seketika aku mula merasakan sedikit ketenangan apabila tidak perlu lagi memikirkan perkara yang sudah berlalu. Aku fikirkan segalanya pasti baik-baik sahaja kerana tanpa mengira di mana pun aku berada tidak pernah sekalipun aku lupa untuk mendoakan kesejahteraan hidup dirimu itu. Harapan aku kehidupan dirimu bersama dirinya sudah bertambah baik kerana masing-masing pun sudah lama bersama. Perkara semalam sudah pun menjadi sejarah di dalam lipatan kenangan milik aku ini. Segala pengalaman tersebut akan aku gunakan sebagai panduan dalam mengemudi hari-hari yang mendatang dengan lebih baik lagi.


 Namun begitu sekali lagi aku diuji apabila dirimu itu kembali menghubungi diri ini. Tidak hanya sekadar bertanya khabar masing-masing, sempat juga dirimu memberitahu bahawa dirimu dan si dia tidak berada dalam keadaan yang baik. Dirimu itu mengesyaki dia menyembunyikan sesuatu daripada pengetahuan mu dan tidak telus dalam menjalinkan perhubungan. Bertapa luluhnya hati ini apabila mendengarkan tangisan mu di hujung talian. Tapi, aku tidak boleh berbuat apa-apa.


 Aku di sini hanya mampu memberikan nasihat semoga dikau dan pasangan mu berbincang secara baik dan cuba selesaikan masalah secara bersama. Sejak daripada itu, dirimu sering menghubungi diriku ini, bertanyakan pendapat. Aku tahu cara ini salah kerana diri ini masih menyayangi dirimu itu, walaupun tanpa pengetahuan sesiapa. Sakitnya diri ini apabila terasa bagaikan menjaga jodoh orang lain.


 Tapi semua itu tak mungkin akan ku beritahu kepada dirimu kerana diri ini merasakan sukar untuk menjalani hidup tanpa khabar berita daripada dirimu itu. Selfish kah aku apabila aku masih berfikiran seperti itu? Katalah apa sahaja jika hanya dengan cara itu sahaja kita kekal terhubung, so be it..


 Di sebalik semua itu, aku masih merasa bersyukur kerana tetap mempertahankan pendirian diri tidak melafazkan kata sayang itu kepada dirimu satu ketika dahulu. Andai sahaja perkataan sayang itu pernah terlepas daripada bibir ini, dan ternyata aku tidak mampu membahagiakan mu pastinya aku akan merasa kecewa. Kerana aku sehingga kini amat menyayangi dirimu ini dan tidak mahu menjadi penyebab kepada tumpahnya airmata mu yang suci itu. 


 Aku pun tidak pasti sampai bilakah perkara ini akan berterusan sebegini tapi yang pastinya aku tidak mampu meninggalkan dirimu terkapai-kapai sendirian menjalani liku-liku kehidupan. Selagi diri ini masih bernyawa, ketahuilah olehmu aku akan sentiasa ada untuk mu..


 Semoga takdir Allah akan menemukan kembali dirimu dengan kebahagiaan yang dikau cari-cari selama ini, walaupun kebahagiaan itu tidak bersama diriku ini...


 


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Mengubati Hatiku Yang Patah Ditumpaskan Cinta

  Seringkali sahaja aku mendapati diriku ini bertanyakan kepada diri sendiri, mengapakah sekeping hati milik diri ini terlalu rapuh dan mudah sahaja patah serta cedera ditumpaskan cinta? Dan perkara paling penting sekali yang diri aku ini ingin ketahui, sudah wujudkah cara efektif untuk diguna pakai merawati hati yang telah cedera parah dek kerana perasaan yang bernama 'Cinta'???  Perasaan cinta yang seharusnya menjadi sebuah medium untuk kita semua sekelian makhluk merasakan bertapa bahagianya hidup di atas muka bumi Allah ini, rupa-rupanya tersembunyi sebilah pedang yang bermata dua. Ini kerana di sebalik perasaan indah yang dirasakan tatkala diri diselimuti dengan selimut baldu cinta yang begitu lembut dan mendamaikan ini, ianya juga boleh bertukar menjadi sebuah penjara dunia jika diri mula dibutakan dengan keindahan pelangi yang sementara.  Oleh itu berhati-hatilah selalu di saat diri sedang dibuai oleh bayu cinta. Janganlah terlalu terbuai dengan perasaa...

Di keheningan Pagi Di Kala Ku Bersendirian Ku Terkenangkan Dirimu

  Anehnya perasaan yang aku rasakan di keheningan pagi ini, dikala ku bersendirian tiba-tiba aku terkenangkan dirimu. Di manakah dikau berada di ketika ini? Kerana 'semalam' perkara terakhir yang diriku ketahui, dirimu dan juga diriku merupakan sahabat sejati yang tak mungkin dipisahkan lagi. Tidak mengira walau apa pun badai yang datang melanda kapal persahabatan yang kita kemudi kan bersama ini, tidak mungkin akan berjaya menenggelamkannya ke dasar lautan.   Mereka kata sebuah kapal tidak mungkin dapat memiliki dua nakhoda. Pasti akan menimbulkan banyak masalah di kemudian hari. Akan tetapi pada ketika itu Kau dan aku kita berdua langsung tidak mempercayai kata-kata tersebut dan telah kita berdua cuba membuktikan kepada mereka bahawa berdua itu sememangnya lebih baik.  Ketika luasnya samudera ini kita redah bersama dengan penuh rasa sabar sambil membawa dan mengibarkan misi pencarian yang sama, agar kita berdua mencapai kebahagian di akhirat dan dunia yang fana ini...

Mungkinkah Masa Mampu Merubah Segalanya?

 Mereka kata masa boleh merubah segalanya.. perasaan benci boleh kembali menjadi sayang, marah kembali cool, sedih menjadi kembali ceria, rindu boleh kembali reda. Malah ada juga yang mengatakan hati yang membeku seperti ais di kutub juga boleh kembali hangat dan mencair. Benarkah apa yang mereka semua katakan itu? Ataupun itu merupakan sekadar kata-kata yang tercipta hanya bertujuan untuk menyedapkan perasaan mahupun untuk menutup semua rasa kecewa dihati..   Andai benar apakah buktinya?   Demi Allah, aku akui pernah pada satu ketika dahulu aku mempercayai kata-kata itu dengan sepenuhnya... Seratus peratus aku meyakini bahawa seiring dengan peredaran masa, semuanya akan pulih seperti sediakala. Kerana itu, aku cuba menjalani hidup ini seperti peristiwa itu tidak pernah berlaku kepada diriku ini.   Perasaan sedih itu aku selindung kan dengan senyuman yang semanis madu. Aku pastikan segala apa pun yang aku rasakan terkunci rapi di dalam hati sehingga jauh ke...