Langkau ke kandungan utama

Apabila Jendela Hatiku Ini Kembali Diketuk Oleh Panggilan Rindumu Yang Datang Bertalu-talu

 Apabila Jendela Hatiku Ini Kembali Diketuk Oleh Panggilan Rindumu Yang Datang Bertalu-talu 


 Secara jujurnya aku tidak akan pernah sesekali mencuba berlagak berani untuk membukakan kembali jendela hatiku ini, yang telah aku kunci rapi. Tidak akan pernah! Itulah janji diri ini kepada diriku sendiri biarpun panggilan rindumu yang datang secara bertalu-talu terasa sangat sukar untuk aku tepis dan tangkis. Keputusan drastik ini terpaksa aku lakukan demi melindungi sekeping hati milik diriku daripada terus dilukai dan terluka parah tanpa sedikit pun disedari olehmu insan yang masih dan akan terus bertakhta di singgahsana hati milik diri ini..


 Sungguhpun demikian takdir Allah mengatasi segala-galanya. Setelah lebih enam tahun tidak bersua muka dan dua tahun tidak bertanya khabar, aku kembali menerima kiriman pesan daripada dirimu melalui aplikasi whats app. Seketika aku terdiam dan terpaku tidak tahu apa yang perlu aku lakukan. Bermacam-macam perasaan yang hadir bertubi-tubi menyelimuti minda, hati dan jiwa aku ini ; gembira, terharu, berdebar dan tertanya-tanya bercampur baur membuatkan aku lupa seketika pada janji yang telah dimeterai dengan diri sendiri. 


 Aku juga tidak memahami mengapa begitu mudahnya untuk diri ini mengalah dan membalas pertanyaan daripada dirimu, walaupun di dalam hati ini sudah aku pasang perisai setinggi gunung Everest semua itu langsung tidak berguna di hadapanmu. Aku tahu dan sedar i'm always will be blind when it comes to you.




 Bermula daripada detik itu kita berdua, kau dan aku tanpa sebarang rasa kekok langsung saling berbalas pesanan dan voice note. Terubat sedikit rasa rinduku pada dirimu selama ini tatkala diri ini masih diberi kesempatan untuk mendengarkan suaramu yang masih gemersik yang amat aku rindui, ketika dikau menceritakan khabar dirimu. Tidak ubah seperti masa yang lalu.. adakah engkau juga turut merasakan apa yang aku rasakan? Ataupun adakah diri ini kembali dimanfaatkan sekadar untuk meluahkan rasa kekecewaan dihatimu itu??


 Segala persoalan yang berlegar-legar di dalam kotak fikiran aku itu seakan-akan terjawab apabila dirimu mengakui bahawa sekarang dikau sedang in a relationship with someone. Terdiam aku seketika apabila mendengarkan perkhabaran itu. Tidak tahu apa yang harus aku rasakan. Kecewa kah aku? Terluka kah aku? Atau cemburu kah aku?? 


 Sambil mendengar masalah perhubungan yang dikau hadapi itu, aku mula mempertimbangkan kembali apakah pilihan yang aku masih miliki. Setelah memikirkan segalanya dengan sebaik mungkin, aku mendapati diriku ini hanya mempunyai dua pilihan. Walaubagaimanapun, dukacitanya dimaklumkan; dalam kedua-dua pilihan yang aku miliki itu tiada satu pun yang bakal menyebelahi diriku ini. 


 Ini kerana jika pilihan pertama lah yang aku pilih, itu bermakna aku harus tetap membenamkan segala rasa hati ini terhadapmu, yang mana jika aku meluahkan kepada mu disaat ini pun tetap tidak akan menguntungkan diriku sendiri. Sudah pastilah diri ini akan dikau tolak mentah-mentah kerana rasa sayang dan cintamu padanya sudah terlalu dalam. Dan aku bukanlah seseorang yang suka mengambil kesempatan di atas kesulitan yang dihadapi oleh orang lain. Oleh itu aku terus tetapkan pendirian dihati agar tetap menjadi pendengar setiamu.



 Namun di dalam hatiku terdetik juga mengapa orang sebegitu juga yang terus dirimu curahkan segala rasa cinta. Seseorang yang tidak pandai menghargai dirimu apa adanya. Seandainya sahaja diri aku ini diberikan hanya satu peluang oleh mu, akan aku manfaatkan sepenuhnya. Dirimu tidak akan pernah aku sia-sia kan kerana aku amat menyayangimu wahai bintang hati. Tapi semua itu sia-sia sahaja kerana aku tidak pernah berkesempatan untuk meluahkan apakah yang tersirat dihati. 


 Memang benar peluang yang baik itu harus kita usaha untuk mendapatkannya... tapi percayakah dirimu jika aku mengatakan setiap kali aku ingin meluahkan rasa, setiap kali itulah jua dirimu berada di dalam permasalahan hati. Aku tidak mahu sekiranya dirimu menerima kehadiranku hanya sekadar mengisi kesepianmu dan akan kau tinggalkan setelah hidupmu kembali terisi dan ceria.


 Agar itu semua tidak bakal berlaku di dalam hidupku, aku lebih rela memilih kita berdua untuk kekal berstatus kawan baik sahaja. Seorang kawan yang boleh dikau luahkan segala-galanya.. maybe i'm not a perpect shoulder to cry kerana jarak jauh yang memisahkan kita berdua, tetapi tetap seseorang yang dirimu boleh luahkan segala rasa yang terbuku di dalam hati.


 Walaupun tersangat pahit untuk diriku menerima kenyataan ini, sekurang-kurangnya aku masih boleh lagi berhubungan dengan dirimu and i'll grab any chance that i can get to be close to you. Janganlah dikau menyalah ertikan maksud perkataan aku ini, kerana hingga ke saat ini hanya aku yang memahami bertapa 'hati kacanya' hatimu itu dan bertapa dahaganya dikau pada perhatian dan kasih sayang daripada seseorang. Malangnya, dimata mu aku bukanlah seseorang yang kau inginkan itu. How, i wish i'm that person you have been looking for but it's not.. Tetapi ketahuilah olehmu, dirimu sentiasa istimewa dihati ku ini and I really care about you!


 Dan sesekali apabila jendela hati milik diriku ini diketuk oleh panggilan rindu terhadap dirimu, aku hanya mampu beristighfar di dalam hati dan memanjatkan doa kepada yang maha kuasa agar hati ini kembali tenang dan semoga dirimu akan berjaya menemui apa yang dicari-cari selama ini. Semoga dikau akan sentiasa berbahagia walau di mana pun dikau berada dan semoga di suatu saat di dalam hidupmu nanti, dikau akan mengetahui dan memahami bertapa berharga dan istimewanya kehadiran dirimu ke dalam hidupku ini. 


 Andai sahaja dikau dapat melihat bertapa istimewanya dirimu sendiri melalui kaca mata diriku sudah pasti dirimu tidak akan lagi diselebungi kesedihan dan siapa tahu mungkin 'hati kaca' tersebut boleh bertukar menjadi 'hati intan' yang pastinya lebih keras dan bernilai tinggi. Seperti jua dirimu yang sentiasa aku sanjung tinggi, walaupun tidak pernah aku akui apabila dikau berada disisi.


 Sebelum aku mengakhiri penulisan aku ingin menjawab segala pertanyaanmu sebelum ini, apakah yang perlu dikau lakukan pada si dia? Aku tidak boleh membuat keputusan buat dirimu kerana aku hanya lah orang luar. Jika bagi dirimu dirinya layak untuk diberikan benefits of the doubts, maka maafkanlah segala perbuatannya terhadapmu. Ikhlaskan lah apa sahaja yang berlaku dan jangan diungkit lagi  kisah lama yang telah berlalu, dan harapan aku dirinya turut begitu terhadapmu. Take care!

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Mengubati Hatiku Yang Patah Ditumpaskan Cinta

  Seringkali sahaja aku mendapati diriku ini bertanyakan kepada diri sendiri, mengapakah sekeping hati milik diri ini terlalu rapuh dan mudah sahaja patah serta cedera ditumpaskan cinta? Dan perkara paling penting sekali yang diri aku ini ingin ketahui, sudah wujudkah cara efektif untuk diguna pakai merawati hati yang telah cedera parah dek kerana perasaan yang bernama 'Cinta'???  Perasaan cinta yang seharusnya menjadi sebuah medium untuk kita semua sekelian makhluk merasakan bertapa bahagianya hidup di atas muka bumi Allah ini, rupa-rupanya tersembunyi sebilah pedang yang bermata dua. Ini kerana di sebalik perasaan indah yang dirasakan tatkala diri diselimuti dengan selimut baldu cinta yang begitu lembut dan mendamaikan ini, ianya juga boleh bertukar menjadi sebuah penjara dunia jika diri mula dibutakan dengan keindahan pelangi yang sementara.  Oleh itu berhati-hatilah selalu di saat diri sedang dibuai oleh bayu cinta. Janganlah terlalu terbuai dengan perasaa...

Di keheningan Pagi Di Kala Ku Bersendirian Ku Terkenangkan Dirimu

  Anehnya perasaan yang aku rasakan di keheningan pagi ini, dikala ku bersendirian tiba-tiba aku terkenangkan dirimu. Di manakah dikau berada di ketika ini? Kerana 'semalam' perkara terakhir yang diriku ketahui, dirimu dan juga diriku merupakan sahabat sejati yang tak mungkin dipisahkan lagi. Tidak mengira walau apa pun badai yang datang melanda kapal persahabatan yang kita kemudi kan bersama ini, tidak mungkin akan berjaya menenggelamkannya ke dasar lautan.   Mereka kata sebuah kapal tidak mungkin dapat memiliki dua nakhoda. Pasti akan menimbulkan banyak masalah di kemudian hari. Akan tetapi pada ketika itu Kau dan aku kita berdua langsung tidak mempercayai kata-kata tersebut dan telah kita berdua cuba membuktikan kepada mereka bahawa berdua itu sememangnya lebih baik.  Ketika luasnya samudera ini kita redah bersama dengan penuh rasa sabar sambil membawa dan mengibarkan misi pencarian yang sama, agar kita berdua mencapai kebahagian di akhirat dan dunia yang fana ini...

Mungkinkah Masa Mampu Merubah Segalanya?

 Mereka kata masa boleh merubah segalanya.. perasaan benci boleh kembali menjadi sayang, marah kembali cool, sedih menjadi kembali ceria, rindu boleh kembali reda. Malah ada juga yang mengatakan hati yang membeku seperti ais di kutub juga boleh kembali hangat dan mencair. Benarkah apa yang mereka semua katakan itu? Ataupun itu merupakan sekadar kata-kata yang tercipta hanya bertujuan untuk menyedapkan perasaan mahupun untuk menutup semua rasa kecewa dihati..   Andai benar apakah buktinya?   Demi Allah, aku akui pernah pada satu ketika dahulu aku mempercayai kata-kata itu dengan sepenuhnya... Seratus peratus aku meyakini bahawa seiring dengan peredaran masa, semuanya akan pulih seperti sediakala. Kerana itu, aku cuba menjalani hidup ini seperti peristiwa itu tidak pernah berlaku kepada diriku ini.   Perasaan sedih itu aku selindung kan dengan senyuman yang semanis madu. Aku pastikan segala apa pun yang aku rasakan terkunci rapi di dalam hati sehingga jauh ke...