Apabila hati mula merasakan perasaan sayang yang sangat mendalam kepada seseorang apakah yang perlu dilakukan agar segala gelora di dalam hati itu dapat diredakan? Perlukah segala rasa itu dilafazkan dengan segera dengan harapan hati dan perasaan sendiri dapat ditenangkan? Sungguh aku memahami bertapa sakitnya apabila diri ini tetap sahaja terpaksa menahan rasa rindu terhadap dirimu selama bertahun-tahun. Kadang diri terasa sedikit kesal pada diri sendiri mengapa tidak sedikit awal melafazkan kata sayang terhadap dirimu sebelum kehadiran dirinya mendahului aku? Mungkinkah memang sudah tersurat di azali lagi dirimu itu sememangnya bukan tercipta untukku?? Wallahualam, hanya tuhan yang tahu. Sungguh, jika aku mengetahui dirimu sememangnya ternanti-nantikan ucapan sayang daripada seseorang sudah pastinya aku akan melakukannya semenjak daripada awal perkenalan kita berdua. Sudah pastilah aku tidak akan membiarkan dirimu yang aku sayangi itu ternanti-nanti sejak sekian lam...
" Rahsia Dihati Tiada Siapa Yang Tahu... "