Langkau ke kandungan utama

Mengubati Hatiku Yang Patah Ditumpaskan Cinta

  Seringkali sahaja aku mendapati diriku ini bertanyakan kepada diri sendiri, mengapakah sekeping hati milik diri ini terlalu rapuh dan mudah sahaja patah serta cedera ditumpaskan cinta? Dan perkara paling penting sekali yang diri aku ini ingin ketahui, sudah wujudkah cara efektif untuk diguna pakai merawati hati yang telah cedera parah dek kerana perasaan yang bernama 'Cinta'???







 Perasaan cinta yang seharusnya menjadi sebuah medium untuk kita semua sekelian makhluk merasakan bertapa bahagianya hidup di atas muka bumi Allah ini, rupa-rupanya tersembunyi sebilah pedang yang bermata dua. Ini kerana di sebalik perasaan indah yang dirasakan tatkala diri diselimuti dengan selimut baldu cinta yang begitu lembut dan mendamaikan ini, ianya juga boleh bertukar menjadi sebuah penjara dunia jika diri mula dibutakan dengan keindahan pelangi yang sementara.




 Oleh itu berhati-hatilah selalu di saat diri sedang dibuai oleh bayu cinta. Janganlah terlalu terbuai dengan perasaan yang berlebihan. Berserdehanalah selalu dalam apa pun jua perkara yang dilakukan termasuklah dalam soal hati dan perasaan. Jika terlalu berlebihan bimbang nanti bayu cinta yang lembut bakal bertukar menjadi ribut taufan yang boleh menerbangkan segala kewarasan di dalam diri.




 Apabila kewarasan yang bersemayam di dalam diri semakin mula menipis, akan lahirlah pula tindakan-tindakan yang kurang bijak. Tindakan yang kurang bijak ini bukan sahaja bakal memberikan kesan negatif kepada orang-orang di sekeliling anda dan melukakan hati dan perasaan mereka  tetapi juga terhadap perasaan dan diri anda sendiri. Luka dihati tidak mudah untuk diubati seperti luka luaran yang boleh dilihat dengan mata kasar. Luka dihati, walaupun tidak kelihatan zahirnya, namun kesan yang ditinggalkan tetap dapat dirasakan biarpun dunia telah melewati beberapa generasi.



 

 Mengubati hati yang pernah patah ditumpaskan cinta memang tidak mudah. Begitu juga dengan liku-liku yang harus ditempuhi untuk mencapainya, tidak sama dan berbeza bagi setiap orang. Ada orang hanya memerlukan masa beberapa minggu, beberapa bulan... bertapa beruntungnya bagi mereka-mereka ini yang mampu menemui penawar yang mujarab untuk menyembuhkan hati mereka yang telah dilukai. Mengapa pula mereka ini dikategorikan sangat beruntung?




 Mereka beruntung kerana berjaya menemui semula jalan mereka untuk mengorak langkah untuk sekali lagi cuba mendakap kembali perasaan 'cinta' itu dan memanfaatkan kelebihan itu untuk dijadikan sebagai satu kekuatan bukannya satu kelemahan untuk terus bergerak maju ke hadapan. Namun begitu jangan kita pernah lupa tidak semua orang memiki tuah yang sebegitu dan mereka ini selalunya memerlukan masa yang lebih lama daripada rakan-rakan 'seperjuangan' yang lain yakni mereka-mereka yang pernah tumpas dengan tentera-tentara daripada pasukan CINTA.




 Lalu bagaimana pula caranya untuk kita berjaya menakluki pasukan CINTA ini? Berbaloikah untuk kita terus mengerahkan seluruh tenaga untuk disalurkan dan diguna pakai oleh tentera HATI yang kita miliki untuk memperkasakannya demi menawan pasukan CINTA idaman kalbu?? 




 Untuk itu kita harus kembali meneliti dan memahami dengan lebih halus dan mendalam lagi tentang apakah strategi yang dimiliki oleh tentera cinta sehingga menjadikannya satu sosok yang sangat berpengaruh besar dalam menentukan kejayaan hidup individu yang bergelar manusia. Jika kita gagal untuk mengenal pasti dan memahami erti dan maksud sebenar daripada istilah cinta itu sendiri itu bermakna kita tanpa sedar sudah pun menempah tiket awal untuk terus tewas dan ditumpaskan cinta.




 Bertapa sakitnya hati apabila berkali-kali ditumpaskan cinta tidak dapat dibayangkan. Kadangkala terdetik jua di lubuk hati yang paling dalam satu persoalan mengapa hati ini tidak sekuat seperti fizikal luaran yang dipertontonkan buat tatapan umum? Tentu kejadian hati patah ditumpaskan cinta ini dapat dikurangkan risikonya. Kerana lumrah manusia hanya dapat menafsirkan apa yang terjangkau oleh penglihatan mereka. Jika mereka yang menjadi agen pematah hati ini dapat melihat bertapa parahnya hati yang telah mereka cederakan sudah pastinya mereka akan berfikir banyak kali sebelum membuat sesuatu keputusan.




 Sesekali apabila terasa lelah untuk menghadapi kenyataan hidup ini dan sakitnya luka cinta yang ditinggalkan oleh orang yang disayangi sepenuh hati, diri ini pernah mengangankan untuk memiliki 'hati besi'. Supaya dapat berdiri lebih teguh menahan serangan anak-anak panah tentera CINTA yang disasarkan terhadap diriku ini. Seketika diri hanyut bermimpi dan berfikir, alangkah indahnya jika diri ini memiliki sekeping hati yang telah disadurkan dengan sedikit lapisan besi. Sudah pastilah ianya sukar untuk dilukai. 




 Bukanlah niat dihati ini untuk terus mempersoalkan segala ketentuan Allah, kerana dihati ini sangat meyakini bahawa adalah tersangat mustahil bagi Allah S.W.T bersifat zalim kepada hambanya walau sejahat apa pun peribadi seseorang hamba-hambanya itu. Apatah lagi seorang muslim pastinya mengetahui bahawa Allah itu maha pengasih lagi maha menyayangi setiap orang daripada hambanya. Janganlah sesekali di dalam diri terbit sedikit pun rasa sangsi terhadap kasih sayang Allah terhadap kita.




 Walaupun kita memahami hakikat kejadian yang berlaku itu adalah pengaturan yang telah dilakukan oleh yang Maha Perancang ; ALLAH, kita sebagai manusia memang tidak akan lepas daripada melakukan kesilapan yang sama berulang kali. Itu adalah satu fakta yang tidak akan pernah dapat kita nafikan. Tetapi, itu tidak bermakna diri ini akan berhenti untuk terus mencuba dan mencuba lagi. Sehinggalah berjaya.




 Namun mengapa diri ini sering mengalami kegagalan yang kadangkala bukanlah berasal daripada diri sendiri. Demi Allah, puas sudah hati merasakan bertapa sakitnya apabila terus menerus menjadi sasaran mereka yang tiada langsung sekelumit rasa simpati di dalam diri. Mengapakah jalan ini yang harus aku tempuhi??


Baca Juga : 

Mungkinkah Waktu Mampu Merubah Segalanya?



 Seringkali juga hati bertanya mengapakah perkara yang buruk selalu terjadi kepada orang yang baik? Bukankah kita akan mendapatkan balasan yang baik, jika kita melakukan perkara kebaikan? Harus aku akui itulah yang pernah aku alami sedikit masa lalu.. merasakan seolah-olah dunia ini tidak adil. Bukankah seharusnya orang-orang yang baik pastinya mendapatkan balasan yang baik juga daripada yang Maha kuasa? Bukanlah niat dihati ini untuk memuji diri sendiri baik tapi.. kenyataannya memang selalu begitukan? 



 Jawapannya, it wasn't always! Mengapa?


Mudah sangat jawapannya, kerana hidup ini adalah ujian untuk menguji sejauh mana kita beriman kepada sang pencipta! ! Lagipun sudah menjadi fitrah semulajadi manusia, kita akan lebih menghargai sesuatu itu apabila sesuatu perkara itu sukar untuk kita dapatkan.




 Kita semua juga mungkin perlu merenungkan kembali maksud sebenar kata pepatah melayu lama,



 Apabila berbuat baik kita harus berpada-pada




 Mungkinkah dalam berbuat baik juga kita tidak boleh berlebihan?? In fact kita sebagai manusia tidak boleh berlebih-lebihan dalam apa pun jua perkara yang kita lakukan di dalam urusan kehidupan seharian. Ini kerana perbuatan yang berlebih-lebihan kebiasaanya akan menggalakkan amalan pembaziran berlaku. Kita selalu mendengar ungkapan jangan membazir makanan kerana itu adalah amalan kegemaran syaitan. Mungkin selepas ini kita juga boleh mula mengaplikasikan amalan ini di dalam semua urusan seharian kita yang lainnya tanpa terhad hanya kepada makanan. 




  Andai segala-galanya sudah dilakukan tetapi masih jua tetap gagal mengubati hati yang patah ditumpaskan cinta, biarlah masa, waktu dan takdir Allah sahaja yang menentukan semuanya.. Kerana aku percaya semua hal yang berlaku di dunia ini masih tetap terjadi walaupun setelah semua langkah telah diambil untuk mengatasinya adalah suatu hal yang berada diluar kemampuan seorang manusia yang sememangnya terbatas. Justeru itu lapangkan lah dada, bebaskan fikiran mu daripada terus dihimpit rasa kecewa yang pastinya tidak akan membawakan kita ke mana-mana. Anggaplah ianya sebagai sebuah perjalanan peribadi dan hayatilah setiap langkah di perjalanan itu sebagai pelajaran hidup yang berharga.


  



 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Di keheningan Pagi Di Kala Ku Bersendirian Ku Terkenangkan Dirimu

  Anehnya perasaan yang aku rasakan di keheningan pagi ini, dikala ku bersendirian tiba-tiba aku terkenangkan dirimu. Di manakah dikau berada di ketika ini? Kerana 'semalam' perkara terakhir yang diriku ketahui, dirimu dan juga diriku merupakan sahabat sejati yang tak mungkin dipisahkan lagi. Tidak mengira walau apa pun badai yang datang melanda kapal persahabatan yang kita kemudi kan bersama ini, tidak mungkin akan berjaya menenggelamkannya ke dasar lautan.   Mereka kata sebuah kapal tidak mungkin dapat memiliki dua nakhoda. Pasti akan menimbulkan banyak masalah di kemudian hari. Akan tetapi pada ketika itu Kau dan aku kita berdua langsung tidak mempercayai kata-kata tersebut dan telah kita berdua cuba membuktikan kepada mereka bahawa berdua itu sememangnya lebih baik.  Ketika luasnya samudera ini kita redah bersama dengan penuh rasa sabar sambil membawa dan mengibarkan misi pencarian yang sama, agar kita berdua mencapai kebahagian di akhirat dan dunia yang fana ini...

Mungkinkah Masa Mampu Merubah Segalanya?

 Mereka kata masa boleh merubah segalanya.. perasaan benci boleh kembali menjadi sayang, marah kembali cool, sedih menjadi kembali ceria, rindu boleh kembali reda. Malah ada juga yang mengatakan hati yang membeku seperti ais di kutub juga boleh kembali hangat dan mencair. Benarkah apa yang mereka semua katakan itu? Ataupun itu merupakan sekadar kata-kata yang tercipta hanya bertujuan untuk menyedapkan perasaan mahupun untuk menutup semua rasa kecewa dihati..   Andai benar apakah buktinya?   Demi Allah, aku akui pernah pada satu ketika dahulu aku mempercayai kata-kata itu dengan sepenuhnya... Seratus peratus aku meyakini bahawa seiring dengan peredaran masa, semuanya akan pulih seperti sediakala. Kerana itu, aku cuba menjalani hidup ini seperti peristiwa itu tidak pernah berlaku kepada diriku ini.   Perasaan sedih itu aku selindung kan dengan senyuman yang semanis madu. Aku pastikan segala apa pun yang aku rasakan terkunci rapi di dalam hati sehingga jauh ke...