Langkau ke kandungan utama

Tak Tercapai Bintang Dilangit bahagian 1 : Andai Dapat Ku Undurkan Kembali Putaran Masa Dunia


Tak Tercapai Bintang dilangit 

Bahagian 1 : 

Andai Dapatku Undurkan Kembali Putaran Masa Dunia 


 Air hujan yang menitis turun daripada langit malam yang kelam disaat ini, seakan-akan turut sama mengerti tentang isi hati aku yang terpaling dalam. Kedua-dua belah tanganku halakan ke muka dan lantas aku meraup seraut wajahku yang suram. Telapak tanganku terasa sedikit basah dan hangat. Ada sisa air mata yang baru terbit di permukaan jari-jemari ku. Ya, Allah! menangis lagikah aku?. Aku menjerit di dalam hati.



 Rupanya tanpa ku sedari, aku menangis lagi. Aku pun sudah kehilangan jejak untuk kali yang keberapa kah air mataku telah tumpah pada hari ini. Aku terus merenungi ke arah langit dalam kepekatan malam ini. Terlalu sesak dada ini menahan tangisan yang terus-menerus mengetuk pintu air mata milikku supaya tumpah lagi. 



 Andai saja peristiwa itu tidak berlaku. Pasti aku tidak akan berkeadaan begini. Wajahku yang dulu sering dihiasi dengan senyuman manis seakan sudah tidak tahu lagi bagaimana mahu tersenyum. Aku yang dahulunya seorang yang sangat periang dan pandai menghiburkan orang lain, tidak mampu untuk menghiburkan hatiku sendiri disaat ini. Sangat sedih sekali. Bertambah sedih lagi apabila mengenangkan peristiwa yang telah berlaku.



 " Hish.. ini tak boleh jadi ni!!  Sampai bilakah aku harus terus mengadap hal-hal seperti ini?" Aku dah muak dan letih dengan semua ini. Aku pun memang bukan seorang yang pandai hendak bermain dengan permainan hati ni.



 Mataku tertancap ke arah telefon bimbit ku yang tadi diletakkan di atas meja kecil di sebelah kusyen yang menjadi tempat duduk ku sekarang di beranda rumah milik mama ku ini.



" Hello... Mie, apa khabar?", kedengaran suara abang Bob bertanya. Aku yang mula mahu mengelamun semula terkejut apabila mendengarkan suara abang Bob yang sangat garau di hujung talian. Telefon bimbit ditangan ku genggam dengan kemas setelah menyedari panggilan telefon aku berjaya disambungkan.



"Waalaikumussalam,bang.. Alhamdulillah saya sihat." Pertanyaan abang Bob aku jawab dengan nada yang perlahan. Abang Bob yang seakan dapat mengagak aku sedang bersedih terus terdiam.



 Tanpa menunggu abang Bob bertanyakan tujuan aku menelefonnya aku terus sahaja bertanyakan kepada abang Bob, " Abang, job offer di Bobby Themes Park tu masih ada lagikah?" 



" Oh.. job tu masih ada.. siapa yang nak kerja?  Kalau ada yang kerja pun tak lama, sekejap-kejap dah nak berhenti! Tak tahulah apa nak jadi budak-budak zaman sekarang ni.." adu abang Bob kepada aku



" Kenapa Mie tanya, nak kerja dengan abang ke? " Suara abang Bob kedengaran seperti tidak mempercayai aku kembali menanyakan job offer yang dibuatnya kepadaku sebulan yang lepas. 



 Malu juga apabila aku memikirkan semula tentang hal tersebut, tetapi kali ini aku sudah nekad dengan keputusan aku itu. Lagipun terlalu lama sangat berada di kampung menjadikan aku memikirkan banyak hal yang kadangkala tidak penting pun.



 Apa yang lebih penting sekarang ialah untuk aku membina semula penghidupan aku selepas peristiwa itu. Aku merasakan cukuplah sampai di sini sahaja aku meratapi segalanya. Sudah cukup rasanya aku menyalahkan diriku atas segalanya. Cukup sudah masa yang aku telah buang selama beberapa tahun kebelakangan ini. 



" Mie... Are you ok bro? Kedengaran suara abang Bob di hujung talian bertanya dengan nada yang simpati. " Mie, pastikah dengan keputusan kali ini? abg faham kalau...



 Tersentak dengan pertanyaan abang Bob, mematikan terus lamunan aku yang mula melayang jauh, aku menjawab dengan pantas " saya pasti bang dengan keputusan saya pada kali ini, dan saya janji tidak akan kecewakan abang," ujar ku dengan nada yang yakin.



 " It's good to hear that! Lagipun dah lama sangat kan perkara itu terjadi. Nanti pagi besok abang hantarkan kepada Mie semua details pasal kerja tu, okay?" tambah abang Bob lagi.



 Aku hanya mengiyakan kata-kata abang Bob. Setelah berterima kasih  kepada abang Bob aku terus menamatkan panggilan. Aku pun terus bangun dan mula bergerak masuk ke dalam rumah. Setelah itu, aku terus melangkah maju menuju ke bilik tidur ku yang berada di tingkat atas. 



 Malas melayan fikiran aku yang mahu melayang lagi memikirkan perkara lalu, aku terus menutup lampu dan menyalakan lampu tidur di bilik ku. Aku pun terus berbaring dan sebaik sahaja kepala aku menyentuh bantal, aku terus ' hanyut' dibawa belayar ke alam mimpi.



XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX


 Bunyi pintu bilik ku yang diketuk dengan sedikit kuat mengejutkan aku daripada tidur.



" Mie... bangun Mie... waktu subuh dah nak habis dah ni", suara mama kedengaran sangat lembut ketika terdengar aku menyahut panggilannya. 



" Subuh dulu Mie, nanti lepas subuh turun lah ke bawah sekejap ya nak?. Sarapan mama dah siapkan, ada dibawah tudung saji. Mama dan papa hendak ke kebun pagi ni." mama terus berbicara dengan lembut di hadapan pintu bilik aku yang masih berkunci.



 " Baik, ma... ".. aku menjawab dengan suara yang malas. Rasa mengantuk masih menguasai diri aku disebabkan tidur lewat malam tadi. 



 " Mie... dah bangun belum nak? " suara mama masih kedengaran walaupun aku boleh mendengar dengan jelas derap langkahnya sudah mulai menuruni anak tangga untuk menuju semula ke tingkat bawah." Ya, ma.. Mie bangun sekarang!" 



 Aku yang masih mamai tetap menggagahkan diri untuk bangun dan terus ke bilik air untuk mandi. Faham benar aku dengan perangai mama ku, jika aku tak bangun solat pasti sebentar lagi meninggi lagi suaranya. 



 Sebelum ke bilik air sempat aku mengerling jam loceng di sebelah katil menunjukkan pukul 6.20 pagi. Aku langsung melajukan langkah ku ke bilik air. Dinginnya air pada pagi itu terasa sangat menyegarkan sebaik sahaja jirusannya menyentuh ke tubuhku. 



 Selesai mandi dan solat perut aku pula mula berkeroncong. Membuatkan aku tidak lama berada di dalam bilik, aku terus melangkah turun untuk ke dapur. Ketika menuruni tangga untuk ke dapur, aku sudah dapat mencium bau harum nasi lemak daun pisang. 



 Lapar perut aku tidak dapat tertahankan lagi, mungkin sebab malam semalam aku skip makan malam memikirkan nasib diriku. Tapi aku tahu nasi lemak hasil air tangan mama memang debom! Habis sepinggan penuh nasi lemak bersama sambal dan telur goreng aku balun.



 Terasa nikmatnya, dapat kembali menikmati makanan yang enak, ini kerana aku pun sudah lupa bilakah kali terakhir aku dapat merasakan kenikmatan menikmati makanan.



 Selesai bersarapan, mata mengerling ke arah handphone ku. Terasa sayu hati ku ini, jika dahulu, pagi-pagi begini lagi sudah pasti handphone ku ini sudah dihiasi dengan mesej indah daripada si dia. Sepotong ayat good morning sahaja pun sudah cukup untuk membuatkan aku menjadi bersemangat untuk menjalani aktiviti seharian. Tapi kini tiada lagi.. hurmm..



" Mana abang Bob ni.. kata pagi ni.. kata nak hantar job details tu," aku resah dan cuba memerhatikan sekali lagi telefon ku. Memang sah! Belum lagi ada pesanan yang masuk daripada abang Bob.



 Perasaan ku menjadi semakin tidak sabar kerana sudah hampir lima tahun aku duduk di kampung menjeruk rasa kecewa. Setengah jam lagi menunggu, masih juga tiada whatsapp yang ku terima daripada abang Bob membuatkan aku merasa bosan. Aku mengambil keputusan untuk keluar bersiar-siar untuk menghilangkan kebosanan yang aku rasakan.



XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX


Plup.. plupp! Plluupp!!

 Satu persatu batu-batu kecil yang ada di tepi anak sungai aku lemparkan sejauh yang boleh ke atas permukaan air sungai tersebut. Setiap lemparan yang aku lakukan berisi dengan tekad untuk menenggelamkan apa sahaja perasaan yang aku rasakan disaat ini. Biar semuanya tenggelam ke dasar seperti batu-batu yang telah gagal melawan graviti bumi dan tenggelam ke dasar sungai. Seperti itulah yang aku harapkan akan terjadi.



 "Huu..." aku menghela nafas seraya duduk di atas sebuah batu besar di pinggir sungai yang tenang megalir. Aku merenung di kejauhan kelihatan pohon-pohon sawit yang luas terbentang. Kehijauan alam semulajadi yang masih terpelihara di kampung aku di Jempol , Negeri sembilan ini membuatkan aku bersyukur kerana aku masih berpeluang menikmatinya. Jauh dari hiruk dan pikuk kehidupan di kota.



 " Ayu.. kenapa buat Mie macam niii!!! Aku berteriak melepaskan rasa dihati.. bertapa aku terlalu berharap pada saat ini aku mampu untuk mengundurkan kembali putaran masa dunia. Kembali semula ke masa sebelum semua peristiwa ini terjadi. Aku pasti aku tidak akan terseksa sebegini. 


Baca juga

Mungkinkah Masa Mampu Merubah Segalanya?



  Andai dapat aku undurkan kembali putaran masa dunia, akan aku pastikan semuanya pasti tidak berkesudahan begini. " Ahh.. kejamnya dirimu Ayu!", membiarkan aku sendiri mengayam mimpi indah sendirian, sedangkan dirimu..



  Andai sahaja aku bersikap sedikit tegas waktu itu, sudah tentulah pengakhiran aku tidak begini. Mengapa budi yang yang kuberi, racun tuba yang kau balas? " Apa kurangnya Mie? Adakah sebab aku orang miskin? Hina sangatkah aku pada pandangan mata mu? Ayu.." aku terus  bertanyakan sendirian tanpa kehadiran tuan empunya badan yang seharusnya mampu memberikan jawapan kepada semua persoalan.



 Aku tidak menyedari berapa lamakah aku telah berada di tepi sungai tersebut kerana ketika keluar meninggalkan rumah tadi sengaja tidak ku pakai jam tangan. Tidak mahu mengetahui detik masa yang sentiasa berputar. Tetapi aku bingkas bangun daripada batu yang telah menjadi tempat aku duduk memerhatikan air sungai yang mengalir tersebut setelah merasakan beberapa titisan halus air hujan yang menitis ke pipi ku.



 Aku meneruskan perjalanan menuju ke arah rumah milik ibu bapa ku. Jika aku tidak cepat pasti akan basah kuyup aku nanti kerana sekarang ini memang sedang musim hujan di kampung aku. Aku teruskan berjalan dengan lebih laju apabila mendengarkan bunyi guruh dilangit yang semakin kuat. Sambil melangkah ke rumah, sambil aku memikirkan nasib malang yang menimpa hidup aku.



 " Come on Mie! You can do it.. ang kan anak jantan! Kenapa lemah sangat?" Soal aku kepada diri sendiri. Aku terus mengorak langkah dengan seribu penyesalan dan perasaan yang sukar untuk digambarkan dengan perkataan.



 Sepetang sendirian berada di tepian sungai pada hari ini telah menyedarkan diri ku sendiri, disaat ini ini bukan lah sebab kesedihan atau kemarahan kepada Ayu yang membuatkan keadaan diri aku menjadi parah begini. Ya benar.. aku tidak berasa sedih dan marah lagi kepada ayu, sebaliknya aku sebenarnya telah patah hati. Sehinggalah ke hari ini aku belum diberikan peluang sepenuhnya untuk meratapi semuanya yang telah berlaku. 



 Semua orang yang rapat dengan diriku hanya tahu menasihati dan mereka selalu mengatakan semuanya akan segera berlalu. Namun, tiada seorang pun yang benar-benar cuba memahami apakah yang benar-benar aku rasakan disaat ini. Mereka seolah-olah menafikan semua perasaan yang aku rasakan. Seolah-olah perasaan aku tidak bernilai apa-apa di mata mereka. 



 Tidakkah mereka menyedari bukan simpati dan nasihat yang aku perlukan daripada mereka? Aku hanya mahukan seseorang mendengar dan cuba memahami apakah yang aku rasakan kerana sehingga ke saat ini aku masih terkapai-kapai sendirian cuba memungut kembali hati aku yang telah dihancurkan berkeping-keping jadinya. Tiadakah seorang pun di antara mereka yang cuba memahaminya?





 






 


 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Di keheningan Pagi Di Kala Ku Bersendirian Ku Terkenangkan Dirimu

  Anehnya perasaan yang aku rasakan di keheningan pagi ini, dikala ku bersendirian tiba-tiba aku terkenangkan dirimu. Di manakah dikau berada di ketika ini? Kerana 'semalam' perkara terakhir yang diriku ketahui, dirimu dan juga diriku merupakan sahabat sejati yang tak mungkin dipisahkan lagi. Tidak mengira walau apa pun badai yang datang melanda kapal persahabatan yang kita kemudi kan bersama ini, tidak mungkin akan berjaya menenggelamkannya ke dasar lautan.   Mereka kata sebuah kapal tidak mungkin dapat memiliki dua nakhoda. Pasti akan menimbulkan banyak masalah di kemudian hari. Akan tetapi pada ketika itu Kau dan aku kita berdua langsung tidak mempercayai kata-kata tersebut dan telah kita berdua cuba membuktikan kepada mereka bahawa berdua itu sememangnya lebih baik.  Ketika luasnya samudera ini kita redah bersama dengan penuh rasa sabar sambil membawa dan mengibarkan misi pencarian yang sama, agar kita berdua mencapai kebahagian di akhirat dan dunia yang fana ini...

Mungkinkah Masa Mampu Merubah Segalanya?

 Mereka kata masa boleh merubah segalanya.. perasaan benci boleh kembali menjadi sayang, marah kembali cool, sedih menjadi kembali ceria, rindu boleh kembali reda. Malah ada juga yang mengatakan hati yang membeku seperti ais di kutub juga boleh kembali hangat dan mencair. Benarkah apa yang mereka semua katakan itu? Ataupun itu merupakan sekadar kata-kata yang tercipta hanya bertujuan untuk menyedapkan perasaan mahupun untuk menutup semua rasa kecewa dihati..   Andai benar apakah buktinya?   Demi Allah, aku akui pernah pada satu ketika dahulu aku mempercayai kata-kata itu dengan sepenuhnya... Seratus peratus aku meyakini bahawa seiring dengan peredaran masa, semuanya akan pulih seperti sediakala. Kerana itu, aku cuba menjalani hidup ini seperti peristiwa itu tidak pernah berlaku kepada diriku ini.   Perasaan sedih itu aku selindung kan dengan senyuman yang semanis madu. Aku pastikan segala apa pun yang aku rasakan terkunci rapi di dalam hati sehingga jauh ke...

Mengubati Hatiku Yang Patah Ditumpaskan Cinta

  Seringkali sahaja aku mendapati diriku ini bertanyakan kepada diri sendiri, mengapakah sekeping hati milik diri ini terlalu rapuh dan mudah sahaja patah serta cedera ditumpaskan cinta? Dan perkara paling penting sekali yang diri aku ini ingin ketahui, sudah wujudkah cara efektif untuk diguna pakai merawati hati yang telah cedera parah dek kerana perasaan yang bernama 'Cinta'???  Perasaan cinta yang seharusnya menjadi sebuah medium untuk kita semua sekelian makhluk merasakan bertapa bahagianya hidup di atas muka bumi Allah ini, rupa-rupanya tersembunyi sebilah pedang yang bermata dua. Ini kerana di sebalik perasaan indah yang dirasakan tatkala diri diselimuti dengan selimut baldu cinta yang begitu lembut dan mendamaikan ini, ianya juga boleh bertukar menjadi sebuah penjara dunia jika diri mula dibutakan dengan keindahan pelangi yang sementara.  Oleh itu berhati-hatilah selalu di saat diri sedang dibuai oleh bayu cinta. Janganlah terlalu terbuai dengan perasaa...