Terdetik rasa janggal dihati ini, apabila melihatkan bertapa ironinya kisah percintaan orang zaman sekarang, seseorang yang begitu takut dirinya akan ditinggalkan pergi oleh orang yang dia sayang, malah dia pula yang mengambil jalan mudah untuk meninggalkan orang tersebut. Mengapakah perkara yang sebegini boleh berlaku? Jika difikirkan melalui logiknya akal manusia kurniaan tuhan kepada kita semua ini, perkara itu tidak akan pernah berlaku. Ini kerana jika kita tidak mahu orang lain melakukan sesuatu perkara itu kepada diri kita, seharusnya kita juga tidak boleh melakukan perkara tersebut kepada orang lain. Tidakkah mereka yang suka melakukan perbuatan yang sebegini memikirkan terlebih dahulu secara matang sebelum membuat keputusan yang sedemikian? Tidak pernah kah mereka terfikir bahawa perkara yang sama juga boleh berlaku terhadap diri mereka? Adakah mereka begitu naif dan berfikir bahawa mereka akan sentiasa berada di atas? Lupakah mereka kepada roda keh...
" Rahsia Dihati Tiada Siapa Yang Tahu... "