Langkau ke kandungan utama

Mungkinkah Masa Mampu Merubah Segalanya?

 Mereka kata masa boleh merubah segalanya.. perasaan benci boleh kembali menjadi sayang, marah kembali cool, sedih menjadi kembali ceria, rindu boleh kembali reda. Malah ada juga yang mengatakan hati yang membeku seperti ais di kutub juga boleh kembali hangat dan mencair. Benarkah apa yang mereka semua katakan itu? Ataupun itu merupakan sekadar kata-kata yang tercipta hanya bertujuan untuk menyedapkan perasaan mahupun untuk menutup semua rasa kecewa dihati..

 Andai benar apakah buktinya? 


 Demi Allah, aku akui pernah pada satu ketika dahulu aku mempercayai kata-kata itu dengan sepenuhnya... Seratus peratus aku meyakini bahawa seiring dengan peredaran masa, semuanya akan pulih seperti sediakala. Kerana itu, aku cuba menjalani hidup ini seperti peristiwa itu tidak pernah berlaku kepada diriku ini. 


 Perasaan sedih itu aku selindung kan dengan senyuman yang semanis madu. Aku pastikan segala apa pun yang aku rasakan terkunci rapi di dalam hati sehingga jauh ke dasarnya dan anak kuncinya pula telah aku lemparkan jauh-jauh ke tengah lautan yang dalam; memang terlalu dalam sehinggakan tidak mungkin akan pernah terselamkan lagi.


 Perjalanan hidupku selama lima tahun pertama selepas itu, terasa sangat menyeksakan. Memang terasa hilang segala kekuatan untuk meneruskan sisa-sisa hidup ini tanpa dirimu. Hati yang telah kau sakiti ini, terasa sebal dan ingin sekali aku membenci dirimu! Mengapa tidak dirimu berterus terang sahaja jika memang dihatimu sudah mula bercambahnya benih-benih rasa benci terhadap diri ini?

 Aku pasti hanya tuhan yang tahu apa yang terpaksa diriku ini tanggung setelah pemergian dirimu tanpa penjelasan, lalu  meninggalkan dan membiarkan diriku ini dengan seribu macam teka-teki yang masih lagi menjadi misteri. Ataukah memang mata dan hati aku yang terlalu 'buta' untuk meneliti segala isyarat perubahan yang telah dirimu berikan, selama ini??


Baca Juga




 Mungkinkah kita terlalu muda pada waktu itu sehingga terjadinya detik perubahan yang terlalu drastik pada diri kita berdua di saat ini? Sewaktu membuat keputusan yang dirimu ambil pada ketika itu, pernahkah kau terfikirkan kesan yang bakal dilontarkan kepada diriku ini? Ataupun memang itu kemahuan dirimu sendiri yang rela? Tidak bermakna apa-apa kah diri aku ini pada dirimu walaupun hanya sebesar zarah?




 Janganlah sesekali dirimu menyalah ertikan maksud semua pertanyaan daripada diriku ini. Aku tidak sesekali bermaksud untuk menyakiti hatimu apatah lagi untuk menyalahkan dirimu atas apa yang telah terjadi, mungkin setakat ini sahaja kesempatan yang telah diberikan oleh Ilahi untuk kita berdua bergelar sahabat sejati.


 NIZ.... Aku ingin sekali dirimu itu mengetahui, bahawa sehingga ke saat ini diriku ini tidak pernah sekalipun melanggar janji seperti yang pernah kita pateri di lokasi terakhir pertemuan kita di pantai PD. Andainya dikau tidak mempercayai segala kata-kataku ini, tanyalah pada batuan-batuan dan pasiran pantai yang ada di situ, yang masih kekal teguh berdiri, sehingga ke hari ini menjadi saksi.

 Adakah dirimu juga begitu? Tetap mengingati segala bicara janji yang pernah dituturkan...



 Hahaha... Aku sekadar bercanda. Tidak mengapa jika pertanyaan itu hanya terbiar sepi, tanpa jawapan kerana aku sekadar cuba menghiburkan hatiku sendiri, benar-benar mengharapkan dikau masih mengingati. Walaupun sekelumit cuma, sudah cukup memadai buat diri ini.

 Niz... Pergimu terlalu lama membawa diri tidak terdetik kah di hatimu yang murni itu, untuk menjejaki kembali ikatan persahabatan mesra yang pernah terbina di antara kita? Sudah menghilangkah segala catatan kenangan persahabatan kita di dalam diari kehidupanmu?


 Ketahuilah olehmu... aku tidak pernah merasa sedikit pun rasa sangsi terhadap mu. Aku percaya dikau mempunyai ALASAN tersendiri mengapa keputusan itu yang diambil oleh dirimu. Terakhir khabar yang aku dapatkan daripada seorang teman, alasan itu hanyalah menguntungkan dirimu. Dirimu sedang berbahagia, bersamanya insan pilihan buat menemani seluruh perjalanan hidupmu yang baharu. Sedangkan aku??

 Bukanlah niat dihati aku ini untuk mempersoalkan segala keputusan yang telah dikau ambil, kerana kau dan aku memang sama-sama memahami, tak mungkin kita dapat bersatu di dunia ini. Masih segar lagi dalam catatan memori di saat itu, disaat airmata tulus yang jatuh berderai dipipimu yang mulus dirimu mengatakan : 

 " Niz, tak boleh nak jadi milik Mie.."



" Andai satu hari nanti tiba-tiba Niz berubah, itu bukanlah keputusan Niz yang sebenar melainkan terpaksa.."


 Selepas itu kita sama-sama menangis. Mungkin kita berdua menangis dengan alasan yang berbeza. Aku menangis pada ketika itu kerana itulah harinya aku mula menyedari betapa dalamnya perasaan aku padamu. Peristiwa ini terjadi dua bulan sebelum dirimu mula menjauhkan diri daripada diriku.

 Aku tetap bersangka baik terhadap mu, walaupun di ketika itu, pesanan sms yang aku hantarkan kepada mu langsung tidak mendapat sebarang balasan. Sehinggakan aku sanggup menyamar menggunakan nombor telefon lain, semata-mata mahu mengetahui khabar dirimu. Semua itu tidak mudah bagiku Niz... Namun dapat mengetahui khabar tentang mu, biarpun sebagai orang asing sudah lebih daripada mencukupi. 


  Kini setelah hampir lima belas tahun peristiwa itu berlaku, aku masih tidak dapat melupakan segala-galanya. Mungkinkah aku memerlukan sedikit lagi waktu untuk aku berjaya memudarkan sedikit ingatan terhadap kenangan lalu..

 Niz.. dikau pernah mengatakan bahawa dirimu tidak mahu menjadi seperti ombak kepada diriku, sungguhpun setia tetapi menghancurkan... 

"Dirimu mahu jadi umpama setitis embun buat diriku ini, sungguhpun cuma setitis tetapi cukup mendamaikan!"



 Niz.. andai sahaja dirimu mengatakan dengan secara jujur mengapa keputusan itu terpaksa dikau lakukan..... Sudah pastilah aku akan terus menyokong segala keputusan mu itu. Andai saja peristiwa itu tidak pernah terjadi, mungkin sehingga kini kau dan aku masih berstatus kawan baik sehingga kita sama-sama melewati usia tua bersama.

 Sungguhpun demikian, masih belum terlambat rasanya untuk mengucapkan terima kasih terhadap dirimu kerana telah sudi menjadi seorang sahabat karib terhadap diri ini disaat diriku ini masih terlalu cetek ilmunya ketika mendayung kapal kehidupan. Mungkin tanpamu kapal milik aku itu telah lama karam dipukul ombak.

 Mungkin benarlah kata mereka masa mungkin boleh merubah segalanya.. cuma di dalam kes aku ini, aku memerlukan lebih banyak waktu untuk melupakannya..


 Aku pun tidak pasti tentang itu Niz... Tapi yang aku tahu aku memang tidak akan pernah melupakan segala kenangan kita itu.. Mungkin kerana itulah aku mendedikasikan web blog ini kepada mu. Tiadalah lain maksud dan tujuannya selain ingin mengabadikan semuanya tentang persahabatan kita. Aku ingin kau tahu bertapa berharga dan mahalnya nilai persahabatan dirimu terhadap diriku ini.


 Semoga takdir Allah akan menemukan kita semula walaupun cuma sekali sudah cukup memadai buat diriku ini, apabila dapat melihatkan sendiri bagaimanakah keadaan dirimu sekarang ?
 

 



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Di keheningan Pagi Di Kala Ku Bersendirian Ku Terkenangkan Dirimu

  Anehnya perasaan yang aku rasakan di keheningan pagi ini, dikala ku bersendirian tiba-tiba aku terkenangkan dirimu. Di manakah dikau berada di ketika ini? Kerana 'semalam' perkara terakhir yang diriku ketahui, dirimu dan juga diriku merupakan sahabat sejati yang tak mungkin dipisahkan lagi. Tidak mengira walau apa pun badai yang datang melanda kapal persahabatan yang kita kemudi kan bersama ini, tidak mungkin akan berjaya menenggelamkannya ke dasar lautan.   Mereka kata sebuah kapal tidak mungkin dapat memiliki dua nakhoda. Pasti akan menimbulkan banyak masalah di kemudian hari. Akan tetapi pada ketika itu Kau dan aku kita berdua langsung tidak mempercayai kata-kata tersebut dan telah kita berdua cuba membuktikan kepada mereka bahawa berdua itu sememangnya lebih baik.  Ketika luasnya samudera ini kita redah bersama dengan penuh rasa sabar sambil membawa dan mengibarkan misi pencarian yang sama, agar kita berdua mencapai kebahagian di akhirat dan dunia yang fana ini...

Mengubati Hatiku Yang Patah Ditumpaskan Cinta

  Seringkali sahaja aku mendapati diriku ini bertanyakan kepada diri sendiri, mengapakah sekeping hati milik diri ini terlalu rapuh dan mudah sahaja patah serta cedera ditumpaskan cinta? Dan perkara paling penting sekali yang diri aku ini ingin ketahui, sudah wujudkah cara efektif untuk diguna pakai merawati hati yang telah cedera parah dek kerana perasaan yang bernama 'Cinta'???  Perasaan cinta yang seharusnya menjadi sebuah medium untuk kita semua sekelian makhluk merasakan bertapa bahagianya hidup di atas muka bumi Allah ini, rupa-rupanya tersembunyi sebilah pedang yang bermata dua. Ini kerana di sebalik perasaan indah yang dirasakan tatkala diri diselimuti dengan selimut baldu cinta yang begitu lembut dan mendamaikan ini, ianya juga boleh bertukar menjadi sebuah penjara dunia jika diri mula dibutakan dengan keindahan pelangi yang sementara.  Oleh itu berhati-hatilah selalu di saat diri sedang dibuai oleh bayu cinta. Janganlah terlalu terbuai dengan perasaa...