Bicara Aku Kepada Bulan Tentang Dirimu:_
Dahulu diri aku ini tidak begitu memahami mengapa bulan selalu sahaja dijadikan orang sebagai sebahagian daripada lirik sesebuah lagu. Tajuk filem pun ada juga seperti cerita 'tentang bulan' misalnya. Tetapi semua itu seakan make sense, apabila hari minggu yang lalu aku telah berkesempatan untuk menikmati keindahan bulan purnama penuh di waktu malam yang penuh dengan misteri yang belum pernah habis terungkap kan.. Subhanallah, indahnya!
Seperti yang kita semua maklum, walaupun bulan hanyalah sekadar meminjam cahayanya daripada sang mentari untuk bersinar megah di ruang angkasa, ianya hanya mampu bertahan untuk sementara waktu cuma. Dan cahaya bulan pastinya akan kembali menjadi malap akibat daripada paksi bumi yang sentiasa berputar mengelilingi orbitnya.
Disaat bersendirian hanya bertemankan cahaya bulan itulah, baru aku benar-benar menyedari apakah daya tarikan yang telah menyebabkan sekian ramai orang menjadikan bulan sebagai perumpamaannya. Jika begitu, tidak salah rasanya aku pun turut sama menjadikan bulan sebagai analogi yang sangat tepat untuk menggambarkan keadaan sebenar diriku ini.
Seperti mana bulan mendapatkan sumber cahayanya untuk menerangi kegelapan malam, seperti itu jugalah diriku yang pernah meminjam sinar cahaya mu suatu ketika dahulu untuk merasakan setitis kebahagiaan. Mungkin.. kerana akulah sang rembulan itu yang kini berada di dalam kegelapan.
Hadir dirimu umpama sinaran bintang kejora yang menerangi kegelapan perjalanan hidupku ini. Tidak pernah satu saat pun yang berlalu, aku gagal untuk mengingati dirimu. Dirimu sentiasa berada di dalam ingatan. Sudikah dikau mengetahui apakah yang telah aku bicarakan kepada sang bulan tentang kamu di malam itu?
Baca Juga
Tak Tercapai Bintang Dilangit bahagian 1 : Andai Dapat Ku Undurkan Kembali Putaran Masa Dunia
Bismillahirrahmanirrahim.
NIZ... Aku merasa amat terkilan tidak mendapat peluang langsung untuk menghadiri majlis graduasi mu, dahulu.. sangat terkilan NIZ.. sedangkan kita berdua pernah membicarakan tentang perkara itu sewaktu berada di Kajang. Tentang bertapa teringinya dirimu agar aku menyisakan baki cuti tahunan di tempat kerja ku dahulu, supaya aku dapat menghadiri acara yang amat bermakna kepada dirimu itu. Do you still remember that? Kiko dan Kiddo sebagai saksinya. Do you even remember what Kiko and Kiddo are?? My best bet is.. you didn't remember anything. Did you?
Untuk pengetahuan dirimu selepas daripada pertemuan kita yang terakhir di pantai PD itu sudah puas berulang kali aku cuba menghubungi dirimu. Namun, aku tidak berjaya. Sampainya hatimu buat diriku ini seperti itu. Tidak berhargakah lagi aku ini, pada pandangan matamu itu? Walaupun demikian aku tidak pernah berputus asa, kerana selepas daripada itu aku telah pergi ke kediaman keluargamu tetapi di sana hanya layanan dingin sahaja yang menyambut kedatangan diriku ini. NIZ.. apa sebenarnya yang telah terjadi?
Andai kata kita berkesempatan untuk bertemu lagi suatu hari nanti, mahukah dirimu menceritakan apa sebenarnya yang telah berlaku sehingga sampai begitu sekali layanan yang diterima? Kerana sebagai manusia biasa pastinya aku mempunyai hati dan perasaan sedih, diperlakukan sedemikian rupa. Tidak berhak kah untuk diriku ini mendapatkan sedikit penjelasan daripada dirimu supaya terlerai sedikit kekusutan dan kesugulan yang masih aku rasakan hingga ke saat ini?? Ataupun dikau sudah merasa bosan terhadap diriku ini, sehingga merasakan bahawa diri ini tidak lagi layak untuk diluangkan sedikit pun waktu milik dirimu itu???
Itupun andai bertemu NIZ.. tetapi jangan sesekali dikau merasa risau, jika terjadinya saat itu nanti, tetapi dirimu masih tidak bersedia lagi mahu menceritakan perkara yang sebenarnya, aku tidak mungkin akan memaksa.
Ketahuilah NIZ, sungguhpun aku tidak diberikan rezeki untuk menyaksikan hari graduasi mu, aku sentiasa menyokong perjalanan hidupmu NIZ.. dan aku sangat berasa bangga di atas kejayaan dirimu menamatkan pelajaran dengan pencapaian yang cemerlang. Alhamdulillah! Tercapai segala cita-cita dirimu selama ini. Aku turut sama menumpang bangga dengan pencapaian dirimu itu.
Masih terlalu segar rasanya di dalam ingatan aku ini, dikau memaklumkan kepada diriku bahawa dirimu mahu menyambung pelajaran di sebuah kolej yang terletak di Bangsar itu. Walaupun aku merasa sedikit terkejut dengan berita tersebut, tapi aku merasa bangga dengan keputusan yang dikau telah ambil untuk melanjutkan pelajaran. Sungguh!
Masih ingat tak lagi malam sebelum kita akan berangkat pergi ke kolej tersebut, dirimu menangis lagi. Bila ditanya mengapa harus menangis? Dikau pun mengatakan:
" Takut Mie akan melupakan NIZ, apabila dah tinggal berjauhan nanti.."
" Walaupun kita berjauhan dan tidak mengira di sudut mana pun kita berdiri, kita tetap akan merenung ke arah rembulan yang sama"
Ulasan
Catat Ulasan